Thursday 26 June 2014

Pipit terbang tinggi

Officially aku dah failed dalam second ujian kompetensi di UMP, dan memang rasa sangat sangat frustrated, rasa penat. Masa on the way balik dari Gambang ke Putrajaya pon, memang air mata ni bergenang je, kejap-kejap lap air mata, nasib la Emma je yang ada dalam kereta tu. Kalau ada orang lain, jatuh kredibiliti I sebagai insan yang tabah. (Tabah la sangat). Menyingkap kembali detik awal semua temuduga, peperiksaan yang pernah aku ambil, atau aku hadiri...memang bukan calang-calang and unfortunately aku selalu kecundang masa interview. Masa dalam kereta balik dengan Emma tu aku ni macam orang xde agama pulak bila buat drama sendiri. Astaghfirullah.

Sedikit sorotan drama tersebut
Emma: U try the best that you could, takde rezeki la tu...cuba lagi lain kali
Me: (Sambil kesat air mata) Penat la...dah rasa penat dengan semua ni
Emma: Redha jela, dah tertulis takde rezeki..nanti cuba lagi.
Me: (Ni ayat mcm org xde agama tu) Aku dah penat, penat dengar perkataan takde rezeki...dah lama sangat dah dengar perkataan ni
Emma: Sabar la! (sedikit tinggi nada suara). Menyedarkan aku dari bercakap yg bukan-bukan.
(Sambung kesat air mata balik, tenangkan diri sendiri, istighfar banyak-banyak)

Haaaaa...nampak tak kat situ. Lepas tu aku play semua lagu sedih je sepanjang perjalanan balik. Morale down, malu jugak dengan semua orang yang tahu aku gi ujian kompetensi tu. Tu la sema, lain kali tak payah nak heboh sampai satu dunia tahu, kan dah malu sendiri. Dan malam tu jugak lah aku deactivate akaun Facebook aku, sebab frust plus rasa ketagihan facebook ni macam melampau pulak. Just imagine ye, dah skrol homepage 2-3 minit lepas, x lama lepas tu pegang handphone, skrol lagi. Terokkkk...

Sebenarnya sampai hari ni, hati ni belum betul-betul pulih lagi. Kejap termenung sana, termenung sini..pandang handphone dengan pandangan sepi. Macam orang putus cinta. Now, diri ni masih rasa seperti pipit, pipit yang mempunyai impian yang tinggi iaitu mahu terbang tinggi. (wpon bila I ckp gini one of my friend dia gelakkan I, hampagas sungguh...tp xpe, x amik hati pon..because I sayang semua kawan-kawan I, gitewww). So bila nyanyi lagu patah sayapku patah by Nadia Aqilah, serius rasa mcm patah harapan betul-betul. Sedihhhh..... Apa-apapon terima kasih utk Mak Abah, keluarga, kawan-kawan untuk semua support yang diberikan. Aku akan terus berusaha dan berdoa, moga dimakbulkan satu hari nanti.

p/s: Patah sayapku patah tak mampu terbang lagi, then kalau tak mampu terbang jalan kaki pon boleh sampai ke destinasi. It's just a matter of cepat atau lambat sampai je....kensss.

Chiow dulu, Assalam

Love
Sem




No comments:

Post a Comment