Friday 9 January 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Kita masih berada di bulan Januari 2015, rasanya masih belum terlambat untuk diri ku ini mengucapkan 'SELAMAT TAHUN BARU 2015'. Hahahaha. Kat sebelah ni ada si Ain sedang membebel-bebel sorang-sorang sambil menunggu adik dia datang. Kacau je mood orang nak menaip. Anyway...klu bercakap pasal tahun baru ni, semua orang mesti nak cerita pasal azam. Aku xde azam yang baru...tapi azam tahun lepas aku bawak ke tahun ni iaitu 

  • Cari kerja baru
  • Turunkan berat badan #sembang
  • Mengorat anak Pak ******* (hew3)
Jadi di kala petang nan sepi ni, nak throwback sikit kisah pencarian kerja sepanjang tahun 2014. Starting from June 2014 i am actively seeking for new job. Aku dah x berapa nak ingat interview yang aku hadiri untuk awal tahun 2014, tapi yang aku ingat....awal tahun tu aku ada hadiri exam Pegawai Penerangan S41 di Politeknik Shah Alam, alhamdulillah lulus. PAC pon lulus jugak, then tunggu sampai hujung tahun baru la kena hadiri interview...dan dapat result masa Disember 2014- Officially failed. Jadi kat bawah ni, mai cheq nak listkan exam, PAC, Interview yang dah cheq pi sepanjang tahun lepas. Tapi yang untuk DBKL yang last sekali tu, sebenarnya aku mcm tak sangka la yang DBKL akan panggil interview secepat itu. Alhamdulillah the interview went well, Result??? Kalau failed lagi...REDHA. teruskan mencuba. 
  • Mac 2014
      • Exam session : Pegawai Penerangan S41 : Success
  • Mei 2014
      • Penilaian kompetensi (PAC) : Pegawai Penerangan S41 : Success
  • June 2014 
      • Temuduga Kolej Sains dan Kejururawatan Melaka : Pustakawan : Success (tapi tolak atas sebab tertentu.
      • Exam session : Pegawai Tadbir N41 : UNISZA Tganu : Failed
      • Exam session : Pegawai Tadbir N41 : UMP - Success
      • Penilaian Kompetensi : Pegawai Tadbir N41 : UMP : Failed
  • Ogos 2014 
      • Interview : Penolong Pustakawan S27 : SPA : Failed
  • Oktober 2014 
      • Exam session : Pegawai Kastam W41 : SPA : Success
      • Interview : Pegawai Kastam W41 : Calon Simpanan
  • November 2014
      • Exam session : Pegawai Tadbir & Diplomatik M41 : SPA : Failed
      • Interview : Pegawai Penerangan S41 : SPA : Failed
  • Disember 2014
      • Interview : Pustakawan S41 : DBKL : Pending
Nampak tak berapa banyak kegagalan yang dah aku alami. Bukan sikit tau, itu list untuk tahun ni sahaja. belum campur dengan list-list dari tahun lepas punya. So far memang rasa frust la bila dapat end result failed, failed, failed... tapi sebagai manusia sedih sekejap dah la, pastu kena bangkit semula, teruskan usaha. Sebab apa tau, bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Tahun ni masuk tahun ke ENAM la aku berkhidmat di tempat kerja sekarang, tahap bosan nya tu jangan tanya lah, dah level keberapa pon aku x tau dah. 
Tapi aku still respect my job. Cuma terkadang aku sebagai manusia ni agak emosi bila ada orang sekeliling yang seakan mempertikaikan kenapa aku tak cari kerja lain. Well, i do seek for another job...like I listed above..tapi rezeki tu dr Allah....masih belum ada lagi...kalau aku tau bila aku nak dapat kerja baru, senang la aku leh trs bgtau je hari ape, bulan ape, tarikhnya bila....ni aku sendiri pon tak tau bila. Percaya dengan Qada' dan Qadar Allah... tapi usaha dan tawakal juga aku seiringkan. Insya Allah, satu hari nanti...ada yang terbaik untuk aku. Mungkin staying here adalah yang terbaik, aku x tau buat masa sekarang. Positive jela kan. 

Last but not least, Welcome 2015. Doa untuk tahun ni moga ada rezeki untuk memper'KEMBANG'kan kerjaya dan memper'KURUS'kan badan. Kehkehekehekeh. 

Assalam
Love
Sem

No comments:

Post a Comment