Saturday 15 November 2014

Temuduga Pegawai Kastam W41

Pasti ramai yang mengambil peperiksaan untuk jawatan pegawai Kastam W41 dan dikehendaki menghadiri temuduga. Sama la jugak dengan diri ku ini, pertama kali pengalaman ambik exam SPA secara online dan, bukan satu pengalaman yang menarik sebab aku diantara calon yang terpaksa menunggu daripada pagi hingga ke tengahari sebab server tidak dapat di akses. Tapi sebenarnya agak logik jugak la perkara macam ni nak berlaku, sebab calon utk exam Kastam kali ni tersangat lah ramai. Untuk SPA yang sekarang ni nak menggunakan teknologi untuk memudahkan semua pengguna, saya sokong ... tetapi dari masa ke masa pihak SPA perlu lah tingkatkan kualiti untuk penggunaan sistem online. Perkara yang telah terjadi tu boleh dijadikan sebagai panduan untuk peningkatan. Disebabkan ramai yang menghadapi masalah sistem tu, pihak SPA telah mengadakan peperiksaan ulangan pada minggu hadapannya, jadi ini menambahkan lagi jumlah calon yang lulus peperiksaan Kastam W41. 
Maka, Alhamdulillah aku antara calon yang lulus exam Kastam tu, maka pada hari dan bulan seperti dibawah, aku pun menghadirkan diri ke SPA Putrajaya untuk sesi temuduga. 

Malam tu aku bermalam di rumah rakan di Saujana Putra, bagi mengelakkan sampai lewat di SPA sebab masa temuduga adalah pada jam 8.00 pagi. Sewaktu aku sampai parking pon masih banyak, so just park je kereta kat mana yang aku suka. Sebenarnya, masa aku sampai tu 'I saw someone that I haven't met for almost 10 years'. Rezeki sangat (Hahahaha). Dalam ketidakpastian betulkah itu dia, aku meneruskan langkah menuju ke bilik temuduga and 'deng', hamba Allah tu pon ada kat situ jugak. *ni nak cerita pasal apa ni sbnrnya. Okey, sambung balik pasal temuduga W41, seperti biasa aku pon tunggu nama di panggil untuk ambil no giliran, dan sesi penyerahan dokumen yang disuruh bawa oleh pihak SPA. Pada hari tu aku dapat nombor 0905 Bilik J. Sementara menunggu, sempat aku selak-selak nota berkenaan Kastam...dan tibalah giliran, aku masuk ke bilik temuduga dan panel aku pada hari itu terdiri daripada seorang panel lelaki dan seorang  panel perempuan. 
Temuduga berlangsung dalam keadaan yang tenang. Tuan Haji memulakan perbualan dengan sesi memperkenalkan diri. Tapi temuduga kali ni betul-betul memberi pelbagai informasi kepada diri aku sebagai orang yang tak pernah berkhidmat dalam bidang kerajaan. Jadi antara soalan yang di tanya

1) Perkenalkan diri
2) Bagaimana mahu menjadi seorang penjawat awam yang kreatif, inovatif dan produktif
3) Apa yang awak faham berkenaan Cepat , Tepat dan Integriti dalam perkhidmatan awam
4) Strategi Lautan Biru (National Blue Ocean Strategy). Explain. 
5) Sanggup menghadapi stress jika berkhidmat dalam perkhidmatan awam?
6) Misi & Visi Jabatan Kastam
7) GST. Explain
8) Disebabkan aku ada Master in Library Science, dan semua kelulusan yang aku ada menjurus dalam bidang kepustakawanan, jadi panel pon tanya jugak la...kenapa tak apply pustakawan...

Sebenarnya, apa yang aku nak tekankan kat sini, pastikan sebelum menghadiri temuduga, lengkapkan diri anda dengan maklumat untuk jawatan yang anda pohon tu, jangan main terjah je pegi temuduga. *Macam aku dulu gitu la. At least bila kita ditanya, kita akan nampak bersedia dan yakin untuk menjawab soalan yang diajukan tu. Baru lah panel pon tak ragu-ragu untuk ambil kita bekerja. 
Walaubagaimanapun, keputusan untuk temuduga ni 50-50 la, tak gembira sebab tak dapat, tapi happy juga sebab Alhamdulillah nama ada dalam list calon simpanan (waiting list). Maklumat yang saya dapat daripada panel menyatakan tempoh sah calon simpanan adalah sehingga 2 tahun dan akan ditawarkan ke mana-mana jabatan yang mempunyai kekosongan. Kemudian, jika dalam masa 2 tahun, kita ditawarkan jawatan dalam kerajaan, dan kita nak tolak jawatan tersebut, nama tidak akan disenarai hitamkan dalam SPA. (Khas untuk calon simpanan shj). 
Ini temuduga kedua terakhir yang aku hadiri di SPA sebelum berakhirnya tahun 2014. Ada lagi satu temuduga iaitu untuk jawatan Pegawai Penerangan S41. Itu aku akan ceritakan di next entri. Macam banyak kali pulak pergi SPA Putrajaya di hujung-hujung tahun ni. Alhamdulillah rezeki utk menghadiri temuduga memang mencurah-curah, rezeki nak dapat kerja nya...ermmm, masih lagi rahsia Allah. 

Doakan aku berjaya dapat kerja baru pada kali ni. Thank you

Write more soon
Love
Sem 


Sunday 9 November 2014

TEPU

Welcoming new family member PUTERI SOFIA DANISYA BT MEGAT FAUZI

Gambar kat atas xde kena mengena ngan entri kali ni. Bosan kerja sorang -sorang. Memandangkan hari Rabu ni ada interview lagi di SPA, aku terpaksa tukar hari cuti dengan my assistant, so hari ni adalah hari ke-8 aku keje straight non stop daripada hari Isnin minggu lepas. Otak ni sebenarnya rasa macam tepu dan penat memandangkan banyak baca pasal dasar-dasar kerajaan, Sejarah Malaysia, Strategi Lautan Biru Kebangsaan, GST, Gagasan 1 Malaysia, GTP, ETP dan banyak lagi, ada jugak pasa Dasar Apartheid, Komanwel, PBB yang pastinya bila minta diterangkan balik, mesti aku akan nganga dulu, sambil berfikir....yang mana satu yang telah aku baca. Habis, cmne nak interview Hari Rabu ni? Nervous tak habis kalau fikir balik. 

Tak sabar tunggu lepas 12hb, walaupun dalam hati duk bisik-bisik, "Nov 12th, please be late" (Hati aku speaking omputih). Aku ada aim utk aku mulakan pada 12 Nov ni, haaaa....jgn tanya aim ape, aku nak bagi result je nanti bulan 12 nanti. Apa-apa pun, doakan aku berjaya untuk interview pada kali ni. Kekosongan 4 je, calon simpanan 50. Okey, nak sambung tepu kan otak. Makin baca makin banyak benda tak tahu. Betul la ada pepatah kata, ilmu yg kita ada ni cuma ibarat setitik air di lautan. Bayang kan lautan tu luas mana. Maha Besar Kuasa Allah. Subhanallah. Cukup la tu, lagi satu...nanti nak citer pasal exam + interview Pegawai Kastam W41. Tapi nanti la lepas hari Rabu ni. 

Jangan lupa doakan aku berjaya tau. 

Assalam
Love
Sem