Monday 10 September 2012

Pizza yang memusnahkan diet aku


Ni la pizza yang merosakkan diet aku tu...huk3

Terlebih sudah~~~

First of all congratulations to Fariza and husband (Khalid) on their wedding, wish both of you happiness and will be blessed of Allah for this wedding. Untung la kan, muda-muda dah bertemu jodoh...aku?ni tengah cuba kuruskan badan la ni, nak cari jodoh...hahahaha..(just kidding). Jodoh pertemuan, ajal dan maut kan semua di tangan tuhan...aku sebagai manusia tetap berusaha, tapi jika ditakdirkan tiada jodoh dengan sesiapa kat dunia ni, aku harapkan ada la someone yang tunggu aku kat syurga nanti. Insyallah. Hari ni, diet aku memang kelaut la....walaupun pada mulanya aku berjaya elakkan nasik, tetapi bila sampai kat rumah terbuka tu je, termakan nasik impit 4 ketul sbb mak dia msk lontong...tp aku ambik sikit je, x macam selalu...aku ambik sampai aku rasa perut aku leh kenyang..tamak kan..

Tu la dia, salah satu pengorbanan yang aku kene lakukan, perut memang tak kan penah rasa kenyang dengan karbohidrat lagi dah. Sekarang ni, asik melantak air kosong je supaya perut kenyang. Itu cerita pasal hari semalam, g rumah kawan-kawan pon, aku request nak minum air kosong je, bajet x suka air oren la...padahal tengah diet...hak3...sib baik diorg x tya macam-macam. TAPI! aku makan pizza 2 slice kat rumah member aku tu!. Kalau diet atkins, patutnya makan toppings pizza je, mana bole makan roti dia...memang kelaut la diet aku. Dan balik tu, pegi cari bunga telur kat rumah tokwan, sekali tok wan belah DURIAN laaaaa, durian gred A lak tu...huuuuu.....memang manis, kulit tebal...kucing tidur wa cakap lu, aku makan gak 2 ulas....Nak menyesal pon tak guna sebab dah makan.

Jadi masa hari ni iaitu hari Isnin, aku langsung x makan bende berat2. Sosej 2, dengan telur rebus utk sarapan and sosej 2 dengan telur goreng untuk waktu malam. Tengahari tu aku makan ayam goreng je 2 ketul. Petang tu leh pulak aku tertidur di kala panas2 buta tu. Sampai petang, plan nak pegi bayar kereta dengan nak byr segala bil, semuanya aku tangguhkan dulu sebagai aktiviti untuk esok hari, lagipon pagi tadi aku dah keluar bawak tok pegi klinik yang kadar menunggu je adalah 3 jam untuk seorg pesakit...Nangis

Cukup dulu entry aku untuk kali ni, esok adik aku sorang ni nak UPSR, paper math, tapi semua soalan latihan yang dia buat semuanya salah....aigooo, entah lah, mak pulak kata x pe, kecik ati sebab masa aku dulu dia x kata pon mcm tu, stress je aku dulu, tapi nak wat cmne kan, biasa la kecik2 kan pemalas...hahahaha.....Okey, see you untuk next entry

Love~SEM

Saturday 8 September 2012

Diet Atkins-Perubahan yang memerlukan pengorbanan

Bermula 6 Ogos 2012, aku dengan sungguh x bersungguh, buat janji dengan diri sendiri nak berdiet. ni semua sebab hasil dari pembacaan aku mengenai diet atkins. Sebenarnya, mula-mula ingat nak amik SDII, tp kene tunggu member sebab nak beli 4 tin sekaligus, nak jadi member, dapat harga murah sikit. Mula-mula baca info pasal SDII, lepas tu terjumpa la jugak info pasal diet atkins...x perlu berlapar, kene minum air banyak dan xde modal perlu dikeluarkan.

Hasil dari pembacaan aku jugak, kalau nak minum SDII, nnti kene biasakan makan makanan yg ada protein sahaja, sama mcm menu diet atkins. so, dengan ini aku nekad...cuba amik protein shj dulu (means aku siksa diri x makan nasik), nak cuba untuk 2 minggu dulu, tapi silap pulak sebab aku tak timbang before aku start dengan diet ni...tp last aku timbang masa bulan puasa hari tu, berat aku dah 73kg...huwaaaaa....dengan tinggi 154cm, aku dah kira BMI aku, 31= Obesiti

Sebenarnya, ada reason lain kenapa aku start berdiet dengan diet atkins ni, masa malam 5/9 tu, makcik aku telah siapkan baju kurung moden yg nampakkan shape badan, aku suh makcik aku buat baju style tu sebab aku rasa orang lain pakai nampak cantik, so aku pon nak la jugak satu baju jenis mcm tu. Bila aku cuba baju tu malam tu, wpon x ketat(longgar), tapi kegemukannya jelas nyata dan terang lagi kelihatan tersembul sana sini lemaknya....benciiii tengok lemak diri sendiri.

Pastu aku pon teruskan baca dan terus membaca menu diet atkins ni. First thing aku beritahu semua family aku nak diet, siap pesan kat mak, jangan beli nasik lemak sepanjang akak diet. Tapi biasa la response dari adik2 aku, kene gelak jeeee...cehhh, x membina lgsg...tp xpe...cool je dulu, cool....Hari pertama, mak gorengkan telur 2 biji dengan bawang, x tertelan la jugak sebab biasa breakfast nasi goreng atau pon nasik lemak. (baru hari ketiga dah rindu dengan nasik lemak). Tengahari tu aku balik rumah,sekali abah beli roti canai...erghhh, x tahan...so aku makan jugak sebiji roti canai dengan kuah dal dan sambal bilis...selalunya aku makan 2 keping, so makan sekeping je sbg permulaan,kira achievement dah tu...hehehehe

Hari kedua pulak,aku sambung diet aku ni dgn 2 biji telur grg jugak lagi, tghr makan sayur grg dgn ayam then ptg tu aku g tg karang, beli daging burger, sosej dan jugak nugget. aku cek dulu kandungan karbohidrat dlm semua makanan tu, so aku cuma dibenarkan makan daging burger dan juga sosej shj...say no to nugget sebab ada tepung dan tahap karbohidrat yang tinggi

Hari ketiga, pergi meeting puteri UMNO, rosakkk...sebab lapar sangat, aku makan bihun goreng...(nangis), karipar sebiji (nangis lagi) dan....kek PISANG 1 slice ...(huwaaaaaa)....kenapa la aku x bertahan dan sabar je sampai balik...degil la perut ni......Esok nak pegi kenduri pulak, adakah aku mampu bertahan atau kesabaran aku selama 3 hari ni akan jadi sia-sia sahaja.....

Ya Allah ya tuhanku, aku mohon padamu, kau kuatkan lah azamku dan disiplinku untuk meneruskan diet ini ya Allah. Esok kalau rajin, aku tulis lagi ape jadi kat kenduri tu...ape aku makan...berjaya ke x aku tahan nafsu...hehe...ok chowwww

Love~Sem