Saturday 8 September 2012

Diet Atkins-Perubahan yang memerlukan pengorbanan

Bermula 6 Ogos 2012, aku dengan sungguh x bersungguh, buat janji dengan diri sendiri nak berdiet. ni semua sebab hasil dari pembacaan aku mengenai diet atkins. Sebenarnya, mula-mula ingat nak amik SDII, tp kene tunggu member sebab nak beli 4 tin sekaligus, nak jadi member, dapat harga murah sikit. Mula-mula baca info pasal SDII, lepas tu terjumpa la jugak info pasal diet atkins...x perlu berlapar, kene minum air banyak dan xde modal perlu dikeluarkan.

Hasil dari pembacaan aku jugak, kalau nak minum SDII, nnti kene biasakan makan makanan yg ada protein sahaja, sama mcm menu diet atkins. so, dengan ini aku nekad...cuba amik protein shj dulu (means aku siksa diri x makan nasik), nak cuba untuk 2 minggu dulu, tapi silap pulak sebab aku tak timbang before aku start dengan diet ni...tp last aku timbang masa bulan puasa hari tu, berat aku dah 73kg...huwaaaaa....dengan tinggi 154cm, aku dah kira BMI aku, 31= Obesiti

Sebenarnya, ada reason lain kenapa aku start berdiet dengan diet atkins ni, masa malam 5/9 tu, makcik aku telah siapkan baju kurung moden yg nampakkan shape badan, aku suh makcik aku buat baju style tu sebab aku rasa orang lain pakai nampak cantik, so aku pon nak la jugak satu baju jenis mcm tu. Bila aku cuba baju tu malam tu, wpon x ketat(longgar), tapi kegemukannya jelas nyata dan terang lagi kelihatan tersembul sana sini lemaknya....benciiii tengok lemak diri sendiri.

Pastu aku pon teruskan baca dan terus membaca menu diet atkins ni. First thing aku beritahu semua family aku nak diet, siap pesan kat mak, jangan beli nasik lemak sepanjang akak diet. Tapi biasa la response dari adik2 aku, kene gelak jeeee...cehhh, x membina lgsg...tp xpe...cool je dulu, cool....Hari pertama, mak gorengkan telur 2 biji dengan bawang, x tertelan la jugak sebab biasa breakfast nasi goreng atau pon nasik lemak. (baru hari ketiga dah rindu dengan nasik lemak). Tengahari tu aku balik rumah,sekali abah beli roti canai...erghhh, x tahan...so aku makan jugak sebiji roti canai dengan kuah dal dan sambal bilis...selalunya aku makan 2 keping, so makan sekeping je sbg permulaan,kira achievement dah tu...hehehehe

Hari kedua pulak,aku sambung diet aku ni dgn 2 biji telur grg jugak lagi, tghr makan sayur grg dgn ayam then ptg tu aku g tg karang, beli daging burger, sosej dan jugak nugget. aku cek dulu kandungan karbohidrat dlm semua makanan tu, so aku cuma dibenarkan makan daging burger dan juga sosej shj...say no to nugget sebab ada tepung dan tahap karbohidrat yang tinggi

Hari ketiga, pergi meeting puteri UMNO, rosakkk...sebab lapar sangat, aku makan bihun goreng...(nangis), karipar sebiji (nangis lagi) dan....kek PISANG 1 slice ...(huwaaaaaa)....kenapa la aku x bertahan dan sabar je sampai balik...degil la perut ni......Esok nak pegi kenduri pulak, adakah aku mampu bertahan atau kesabaran aku selama 3 hari ni akan jadi sia-sia sahaja.....

Ya Allah ya tuhanku, aku mohon padamu, kau kuatkan lah azamku dan disiplinku untuk meneruskan diet ini ya Allah. Esok kalau rajin, aku tulis lagi ape jadi kat kenduri tu...ape aku makan...berjaya ke x aku tahan nafsu...hehe...ok chowwww

Love~Sem


No comments:

Post a Comment