Tuesday 15 April 2014

Geram...geram..geram

Salam semua

Tak tahu lah kenapa aku memang rasa geram je daripada minggu lepas. Tapi hari ni aku menulis sebab aku geram kat satu kaji selidik daripada sebuah IPTA dimana bila aku mintak mohon emelkan makluman kepada pihak HQ untuk inform psl kaji selidik tu, diorg x mo. Pastu ayat diorg berupa arahan pulak yang macam aku wajib kene follow!. Korang punya kaji selidik, kitorang yang kena settlekan ke? Sepanjang aku siapkan thesis aku ari tu pon, xde la menyusahkan orang mcm korang ni, dan.... its better kalau korang call kot, bukan guna SMS. So UNPROFESSIONAL.... 

Then bila aku tya upper mgmt, diorg dah ada majukan psl kaji selidik tu, tp diorg ckp nak pegi tempat lain, tb2 beralih arah nak kesini dah kenapa? Sebab senang kau nak arah arahkan kitorang? I HATE YOU. Ya Allah Ya Tuhanku, kau berikan aku, kurniakan aku kesabaran yang tinggi, berilah aku peluang utk mendapatkan pekerjaan yang baru Ya Allah. T_T. 

Aku sgt geram ! Geram ! GERAM

Sem

Friday 11 April 2014

Day 1 : Reinduction Diet Atkins

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saja nak share menu hari ni utk DA , reinduction la konon-kononnya. Ingat ye kawan-kawan, DA adalah diet rendah karbohidrat, senang citer jgn tya lah soalan-soalan yang memang terang-terang dah tahu, dalam makanan or minuman tu ada karbohidrat yang tinggi. Cthnya
1. Air milo boleh minum tak? - Sila cek label nutrisi makanan.Sudah terang lagi bersuluh kandungan carbs utk milo adalah tinggi. Dont drink ur calories, eat it. U olls semua, please ye kalau nak start apa sahaja jenis diet, do some readings...klu x membaca ni, tak salah bertanya cuma...klu semua org tya soalan yang sama berulang-ulang kali, bosan jugak kan.
2. Mee, bihun x boleh makan ke?. - Dah nama pon low carbs, u olls semua, utk induction phase cuma leh mkn 20gram carbs je plg maksimum. Adoi!
3. Air ape ye yg boleh minum sepanjang buat DA? Dik non oi...no sugar hokey, NO SUGAR...G R R R, marah mcm anak sir chief dalam be carefull with my heart.

Malas la nak merepek meraban dah pasal org malas membaca ni. Ni nak share menu tghr td, nnti mlm share menu malam pulak. 
This a fried chicken with egg plus saute broccoli with egg also, put some salt for the taste and add on a little bit of mayonnaise as added sauce



Omputih sangat kan.....hahahaha, pastu ada makan tomyam lagi sbnrnya dan dlm tomyam tu mak masak ada taruk gula tau. Sepatutnya no sugar dlm Atkins tapi pandai-pandai lah anda semua nak adjustkan 20gram carbs yg boleh diambil dlm 1 hari tu. Ape - ape pon, do some reading k. Membaca jambatan ilmu. Nasihat ikhlas daripada ex student Master in Library Science. 

p/s: harapannya dengan menulis boleh keep track utk teruskan diet

Love
Sem

Thursday 10 April 2014

Aku Janji....

Assalamualaikum

Aku janji...... esok akan start blk induction utk diet atkins

Aku janji.........cuba untuk bertahan selama sekurang-kurangnya 2 minggu

Aku janji...........nak makan makanan yang disyorkan ikut diet atkins....

Tapi............. hujung minggu ni ada hari terbuka di Felda Suharto

Tapi.... hujung minggu depan pulak nak jumpa bestie yang semuanya kaki makan mcm aku jugak

Dan...hujung minggu ke tiga ada kenduri kawan masa kat UiTM di KL

Dan...kalau boleh nak nampak gojes la kan masa kenduri tu

Phuiiii betul, banyak benar dugaan, boleh tahan ke ni?

Tengok jela esok ape yang akan jadi, Do wish me luck

Love
Sem