Friday 6 August 2021

Dunia dilanda Covid-19

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Last posting dlm blog ni adalah pada tahun 2015. Gila lama tak jenguk. Itu pon masa tu aku masih kerja di Pusat Internet 1 Malaysia lagi. Masa tu masih guna nama 1 Malaysia sebab Perdana Menteri masih lagi Dato' Seri Najib, lepas tu PM kita tukar kepada Tun Mahathir balik. Now, Tan Sri Muhyiddin, itu pon dengar-dengar dah letak jawatan. 

By the way, dunia pada masa ni sedang dilanda wabak Covid-19. Dah berjuta-juta manusia mati disebabkan oleh wabak ni. Sekarang ni, untuk Malaysia sendiri tgh berusaha untuk vaksin semua rakyat agar dapat mencapai herd immunity. Tapi, belum sempat habis semua rakyat Malaysia ni dapat vaksin, dah muncul varian baru Covid ni iaitu varian Delta. Siapa - siapa yang dijangkiti boleh menyebabkan kematian serta merta. Sesak nafas sedar- sedar mati. Lebih kurang gitu lah. 


Meja kerja sis bersempena WFH

Disebabkan itulah, dah setahun lebih ya, aku dapat bekerja dari rumah. Takde la setiap hari, ada jugak hari yang kena masuk office. Drpd PKP 1.0, ke PKP 2.0, PKP 3.0, sekarang dah tak panggil PKP dah, tapi panggil ikut fasa pulak. Aku sampai dah tak terfollow dah. Tapi secara kesimpulannya, semua orang kena duk rumah x leh pi merayap dah. Ha padan muka masing2. 

Tiba2 rasa terajin pulak nak menulis sebab tadi aku share link blog ni kat kawan aku Puan Ros tu. Kalau tengah baca yang ni saya hi ya Ros. Hahaha. Ok la till next time. Daaaaa...

                                                                        Love, Sem


Tuesday 27 January 2015

Renovation...on progress

Te dia, dah melebihi 5 tahun dah pon kerja di Pusat Internet 1Msia ni, dan berita baiknya kontrak akan disambung dan office lama akan di upgrade. Hari ni genap 9 hari aku tidak bekerja, its more to tak pergi kerja sebab office baru jauh dari rumah. (alasan). Tapi esok aku akan start la pergi kerja kat tempat baru tu. Sedang melepak elok dirumah ni utk satu jangka masa yang agak lama, dirasakan agak bosan jugak bila asik buat kerja rumah je, jadi...aku pon cuba mengembalikan hobi lama iaitu --- streaming drama Korea online. Aku pon pilih utk tonton Pinocchio sebab kawan aku review ckp best dan Ain sepupu aku tu pon cakap best. Dari tengah mlm td aku dah berjaya habiskan 5 episod. Total episod cerita ni adalah 20. Jangan la aku leka sampai tertidur lewat malam ni sebab tgk drama online ni. Eh, da nak pukul 6...Ain dah whats app ajak main badminton. I tot nak kasi tunjuk gmbr office tgh renovate, next entry la ea... Hew3... See u soon

Love
Sem

Friday 9 January 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Kita masih berada di bulan Januari 2015, rasanya masih belum terlambat untuk diri ku ini mengucapkan 'SELAMAT TAHUN BARU 2015'. Hahahaha. Kat sebelah ni ada si Ain sedang membebel-bebel sorang-sorang sambil menunggu adik dia datang. Kacau je mood orang nak menaip. Anyway...klu bercakap pasal tahun baru ni, semua orang mesti nak cerita pasal azam. Aku xde azam yang baru...tapi azam tahun lepas aku bawak ke tahun ni iaitu 

  • Cari kerja baru
  • Turunkan berat badan #sembang
  • Mengorat anak Pak ******* (hew3)
Jadi di kala petang nan sepi ni, nak throwback sikit kisah pencarian kerja sepanjang tahun 2014. Starting from June 2014 i am actively seeking for new job. Aku dah x berapa nak ingat interview yang aku hadiri untuk awal tahun 2014, tapi yang aku ingat....awal tahun tu aku ada hadiri exam Pegawai Penerangan S41 di Politeknik Shah Alam, alhamdulillah lulus. PAC pon lulus jugak, then tunggu sampai hujung tahun baru la kena hadiri interview...dan dapat result masa Disember 2014- Officially failed. Jadi kat bawah ni, mai cheq nak listkan exam, PAC, Interview yang dah cheq pi sepanjang tahun lepas. Tapi yang untuk DBKL yang last sekali tu, sebenarnya aku mcm tak sangka la yang DBKL akan panggil interview secepat itu. Alhamdulillah the interview went well, Result??? Kalau failed lagi...REDHA. teruskan mencuba. 
  • Mac 2014
      • Exam session : Pegawai Penerangan S41 : Success
  • Mei 2014
      • Penilaian kompetensi (PAC) : Pegawai Penerangan S41 : Success
  • June 2014 
      • Temuduga Kolej Sains dan Kejururawatan Melaka : Pustakawan : Success (tapi tolak atas sebab tertentu.
      • Exam session : Pegawai Tadbir N41 : UNISZA Tganu : Failed
      • Exam session : Pegawai Tadbir N41 : UMP - Success
      • Penilaian Kompetensi : Pegawai Tadbir N41 : UMP : Failed
  • Ogos 2014 
      • Interview : Penolong Pustakawan S27 : SPA : Failed
  • Oktober 2014 
      • Exam session : Pegawai Kastam W41 : SPA : Success
      • Interview : Pegawai Kastam W41 : Calon Simpanan
  • November 2014
      • Exam session : Pegawai Tadbir & Diplomatik M41 : SPA : Failed
      • Interview : Pegawai Penerangan S41 : SPA : Failed
  • Disember 2014
      • Interview : Pustakawan S41 : DBKL : Pending
Nampak tak berapa banyak kegagalan yang dah aku alami. Bukan sikit tau, itu list untuk tahun ni sahaja. belum campur dengan list-list dari tahun lepas punya. So far memang rasa frust la bila dapat end result failed, failed, failed... tapi sebagai manusia sedih sekejap dah la, pastu kena bangkit semula, teruskan usaha. Sebab apa tau, bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Tahun ni masuk tahun ke ENAM la aku berkhidmat di tempat kerja sekarang, tahap bosan nya tu jangan tanya lah, dah level keberapa pon aku x tau dah. 
Tapi aku still respect my job. Cuma terkadang aku sebagai manusia ni agak emosi bila ada orang sekeliling yang seakan mempertikaikan kenapa aku tak cari kerja lain. Well, i do seek for another job...like I listed above..tapi rezeki tu dr Allah....masih belum ada lagi...kalau aku tau bila aku nak dapat kerja baru, senang la aku leh trs bgtau je hari ape, bulan ape, tarikhnya bila....ni aku sendiri pon tak tau bila. Percaya dengan Qada' dan Qadar Allah... tapi usaha dan tawakal juga aku seiringkan. Insya Allah, satu hari nanti...ada yang terbaik untuk aku. Mungkin staying here adalah yang terbaik, aku x tau buat masa sekarang. Positive jela kan. 

Last but not least, Welcome 2015. Doa untuk tahun ni moga ada rezeki untuk memper'KEMBANG'kan kerjaya dan memper'KURUS'kan badan. Kehkehekehekeh. 

Assalam
Love
Sem