Friday 22 August 2014

Temuduga Penolong Pustakawan S27

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Semalam 20 Ogos 2014, aku telah pun menghadiri temuduga untuk jawatan Penolong Pustakawan S27 di SPA, Putrajaya. Ok, nak cerita sikit la apa yang berlaku semalam dan soalan-soalan apa yang di tanya, kot-kot la ada yang dapat temuduga yang sama jugak. Apa sekali pun, jika u olls nak ditemuduga untuk jawatan pustakawan/penolong pustakawan pastikan, ada la ilmu pasal perpustakaan. Seawal jam 6.35 pagi aku dah gerak daripada Tg Karang menuju ke Putrajaya, padahal 2 jam je perjalanan daripada Tg Karang ke Putrajaya ,tetapi adalah penting untuk ada extra dari segi masa sebab mana la tahu tiba-tiba ada eksiden ke kat laluan kita tu nanti, tayar bocor ke...jem teruk ke, so better gerak awal daripada rumah untuk hari interview.
Seperti yang dijangkakan, pkl 8.30 aku dah sampai ke Putrajaya, memandangkan masa banyak lagi so singgah dulu di Petronas beli suratkhabar, kot-kot la ada soalan berkenaan isu semasa yang nak ditanya oleh panel pada hari tersebut. Jam 9.15 aku pon sampai di Kompleks C Bangunan SPA dan aku men follow je sorang brother yang kebetulan aku agak-agak dia cam nak g interview jugak, dan tekaan aku tepat. (Sebab abg tu bawak fail). Sesampainya di bilik temuduga, pastikan sebelum ini u olls dah sediakan segala sijil dan juga salinan sijil dan sila susun seperti yang diarahkan oleh petugas SPA disitu. Tapi interview kali ni, memang tak sempat nak nervous...selesai je susun sijil, tiba-tiba angka giliran aku dah naik dan aku terus masuk bilik interview. Secara keseluruhannya, hanya ada dua orang panel dan soalan yang di tanya oleh panel adalah:

1. Tugasan di tempat kerja sekarang
2. Memandangkan aku bertugas di Pusat Internet 1Msia pada masa sekarang, apa yang aku boleh buat untuk tingkatkan atau gberi galakan membaca kepada komuniti
3. Modul apa yang di ajar di Pusat Internet untuk membantu pendedahan maklumat kepada komuniti
4. Disebabkan aku mempunyai sarjana, so panel tu tanya...apa yang seorang lepasan sarjana macam aku ni boleh buat kalau ditempatkan di kawasan desa, sesuai ke tak?Its more to sanggup ke?
5. Macamana nak tingkatkan minat membaca di kalangan penduduk 
6. Sistem pengkelasan apa yang digunakan untuk small library? 

Pada masa yang sama diorang akan view your resume one by one. So pastikan korang tahu apa yang korang tulis dalam resume masing-masing. Apa jawapan aku untuk soalan interview tu? Biarlah rahsia (poyo sgt). Bukan apa...soalan tu lebih kepada pengalaman kerja sekarang, so pastikan u olls membaca sikit , tahu sistem pengkelasan, cataloguing, acquistion tu sume then everything should be okey. Insya Allah. Result will be announce on 29/9/2014. Lebih kurang sebulan lagi. Do wish me luck....dan good luck pada yang bakal menghadiri temuduga tu nanti.  

Assalam
Love
Sem

Tuesday 12 August 2014

TERIMA KASIH COVER IN STYLE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Rasanya masih belum terlewat untuk diriku ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri  kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Tahun ni macam biasa, raya pertama lagi dah cabut balik kampung kat Kedah, tapi raya ketiga dah balik Selangor balik. Kalau dulu biasa kita dengar orang duk bandar balik kampung, tapi sekarang ni...orang duk kampung pon balik kampung tau. Curlass kau Maria. Orite, entry pada hari ini adalah ditujukan khas kepada one of my customer yang bermurah hati memberikan I and Emma sorang sepasang dress dan baju kurung masa we olls hantar ketupat palas kat rumah akak tu. Ok nak tunjuk sikit, rini pakai dress gi keja, ladies sangatttt.

Kat opis xde cermin besar..huhu

Its a plain dark blue dress dan sengaja dipadankan dengan tudung warna kuning (nak warna lain pon boleh) dan dinasihatkan jgn pki warna biru tua jugak. Kalau tak memang cam iguana la korang semua nanti. Dilampirkan juga (ayat nak skema lagi) link facebook Cover In Style (jom like laju-laju) yang u olls boleh la pilih-pilih kalau ada berkenan di hati. For the first time sejak-sejak dah dewasa ni, dress yang dipakai tu adalah bersaiz S... ooooeeemmmggeeee, aku pki saiz S wei, hahahaha...nampak nau nipunya. Tapi memang betul dress ni adalah bersaiz S. Pertama sebab kain jenis lycra ni stretchable dan kedua, memang akak tu kata dia design baju bigger one size daripada normal size yang ada di Malaysia ni. Tapi, do i care??? Im still wearing an S size dress. Ceq kuruih dahhh, ceq kuruih dahhh (sambil makan nasik tambah 3 pinggan). Hahahaha. Okeh, hbskan mengarut, kat bawah ni adalah link Cover In Style di Facebook. 



Tak lupa, sapa nak beli ketupat palas, refer my another blog kat sini ---->


Love
Sem