Thursday 26 June 2014

Pipit terbang tinggi

Officially aku dah failed dalam second ujian kompetensi di UMP, dan memang rasa sangat sangat frustrated, rasa penat. Masa on the way balik dari Gambang ke Putrajaya pon, memang air mata ni bergenang je, kejap-kejap lap air mata, nasib la Emma je yang ada dalam kereta tu. Kalau ada orang lain, jatuh kredibiliti I sebagai insan yang tabah. (Tabah la sangat). Menyingkap kembali detik awal semua temuduga, peperiksaan yang pernah aku ambil, atau aku hadiri...memang bukan calang-calang and unfortunately aku selalu kecundang masa interview. Masa dalam kereta balik dengan Emma tu aku ni macam orang xde agama pulak bila buat drama sendiri. Astaghfirullah.

Sedikit sorotan drama tersebut
Emma: U try the best that you could, takde rezeki la tu...cuba lagi lain kali
Me: (Sambil kesat air mata) Penat la...dah rasa penat dengan semua ni
Emma: Redha jela, dah tertulis takde rezeki..nanti cuba lagi.
Me: (Ni ayat mcm org xde agama tu) Aku dah penat, penat dengar perkataan takde rezeki...dah lama sangat dah dengar perkataan ni
Emma: Sabar la! (sedikit tinggi nada suara). Menyedarkan aku dari bercakap yg bukan-bukan.
(Sambung kesat air mata balik, tenangkan diri sendiri, istighfar banyak-banyak)

Haaaaa...nampak tak kat situ. Lepas tu aku play semua lagu sedih je sepanjang perjalanan balik. Morale down, malu jugak dengan semua orang yang tahu aku gi ujian kompetensi tu. Tu la sema, lain kali tak payah nak heboh sampai satu dunia tahu, kan dah malu sendiri. Dan malam tu jugak lah aku deactivate akaun Facebook aku, sebab frust plus rasa ketagihan facebook ni macam melampau pulak. Just imagine ye, dah skrol homepage 2-3 minit lepas, x lama lepas tu pegang handphone, skrol lagi. Terokkkk...

Sebenarnya sampai hari ni, hati ni belum betul-betul pulih lagi. Kejap termenung sana, termenung sini..pandang handphone dengan pandangan sepi. Macam orang putus cinta. Now, diri ni masih rasa seperti pipit, pipit yang mempunyai impian yang tinggi iaitu mahu terbang tinggi. (wpon bila I ckp gini one of my friend dia gelakkan I, hampagas sungguh...tp xpe, x amik hati pon..because I sayang semua kawan-kawan I, gitewww). So bila nyanyi lagu patah sayapku patah by Nadia Aqilah, serius rasa mcm patah harapan betul-betul. Sedihhhh..... Apa-apapon terima kasih utk Mak Abah, keluarga, kawan-kawan untuk semua support yang diberikan. Aku akan terus berusaha dan berdoa, moga dimakbulkan satu hari nanti.

p/s: Patah sayapku patah tak mampu terbang lagi, then kalau tak mampu terbang jalan kaki pon boleh sampai ke destinasi. It's just a matter of cepat atau lambat sampai je....kensss.

Chiow dulu, Assalam

Love
Sem




Monday 9 June 2014

2014... Tahun hectic

Assalam semua....

Hahahahaha, 2014 tahun hectic? Kacau bilau la jugak kan.

Sedar tak yang kurang daripada 30 hari kita akan berpuasa?. Skrg ni tgh bulan Syaaban, sama2 la kita tingkatkan amalan, jgn malas2 k. Okey...sedikit preview utk tahun 2014 berkisar tentang persahabatan, jodoh dan juga pekerjaan. Lets start dengan cerita proses mencari kerja yang diteruskan daripada 5 tahun lepas lagi (which is until now I still didnt get the job that I want...how sad!, plus 5 tahun lama kot.). Start daripada tahun 2010 aku dah pernah attend byk jugak interview, exam dan semuanya boleh dikatakan bukan senang2 jugak la nak dapat. 
Cthnya 
1) Jawatan pustakawan UITM 2010, kena lepas exam, 1st interview n 2nd interview..kecundang masa last stage.
2) Jawatan pustakawan UKM 2011 kot, selection ke 12 org finalis (gitew), failed jugak tang interview
3) Jawatan pegawai tadbir MQA: 2 stage interview, biasa la, stage yg kedua konfem x berjaya.
Tu pon belum campur segala exam SPA, badan berkanun, IPTA2 yang dah aku pergi, dan ada banyak lagi sbnrnya smpi diri sendiri pon dah x ingat semua kenangan tu. Pahit la konon-kononnya. T_T.
Utk tahun 2014 ni i'm currently active seeking for new job. Ya Allah ya tuhanku, aku mohon kau murahkan rezeki ku pada tahun ini Ya Allah. Setakat ni alhamdulillah ada 3 panggilan utk exam which is semuanya jauh iaitu di UNISZA, Terengganu, UMP, Gambang dan waiting for PAC result drpd SPA. What im really afraid of right now, mcm mana klu tiga-tiga harapan aku ni, satu pon x dapat? Bermakna pencarian harus diteruskan. Dont give up Sem. Bukannya x sayang kerja skrg, (mmg x syg keje ni dah) tp to be honest, I love this place and I love all my friends here. Cukup cerita pasal kerja and now nak sambung pasal jodoh.

Jodoh, sesungguhnya ajal maut jodoh semuanya ditangan Allah. Kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan. 2014 ni merupakan tahun drama psl jodoh utk aku sebabnya (hahaha) masa bulan Mac ari tu ada la hamba Allah ni dtg nak masuk meminang. And of course, I didnt know him...then I suggest utk 'how bout if we kenal2 dl each other kan'. Satg dia xmo, nak msk merisik terus...klu setuju nak proceed kawen je. Hurk!!! Tidak lah ku pandang pada rupa, harta dan kekayaan nya...tp agama yg ku cari. Gitewww, tp di zaman millenium ni...perkenalan tu adlh amat perlu sbb cara u olls dtg merisik I pon is sooo suspicious tau. Sadly, sebab serabut masa tu dpt interview keje di Melaka (I've got this job tp sbb gaji sama cam skrg, terpksa tolak) dan serabut dgn peminangan yg tb2 ni, dua2 pon I tolak u olls. 

Nak dijadikan cerita, his mom x tahu I dah tolak pinangan tu dan mak dia SMS I tya bila diorg boleh dtg merisik. When I explained his mom was so shocked dan tya knp x jadi ? Apa yg aku mampu jwb cuma la 'sy mintak maaf makcik, xde jodoh antara anak makcik ngan saya', berulang2 kali I mintak maaf tau. Dan utk menjadikan drama ni lebih dramatik....mak dia meninggal sebulan selepas I tolak pinangan tu. Gulp! Telan air liur pon rasa lekat kat tengkuk. Al Fatihah utk beliau. Sesungguhnya makcik, saya tak sangka x dpt tunaikan harapan terakhir makcik. IM SORRY MAKCIK T_T.

Sebenarnya itu belum cukup drama lagi, cerita ni tidak terhenti setakat itu sahaja. Selepas pemergian makcik, anaknya masih meneruskan pencarian jodoh tu dlm kawasan kampung I jugak, dan u olls nak tahu x, ada pihak tdk bertanggungjwb telah menyebarkan berita yang I ni tolak pinangan dia sbb I belajar tinggi, dah ada master...mana la nak dgn orang biasa. What the Fish sgtttt. Penah tgk x dlm drama2 melayu bila si gadis pergi kedai beli barang then ada makcik2 kampung duk umpat kat blkg, so skrg ni bygkan gadis tu adalah I....hahahahaha. Takpelah....saya sabar je dgn org kampung ni, sabar tu kan separuh daripada iman, Insyallah mungkin Allah akan janjikan jodoh yang lebih baik di masa hadapan. Amin. 

Akhir sekali pasal persahabatan. Kalau dulu kawan-kawan semuanya masalah lebih kurang je, mostly psl masalah cinta, keje skolah x siap, tp 2014 ni membawa cerita yang berlainan untuk setiap sahabat-sahabatku. Ada yang berkahwin, bakal menimang cahaya mata, dapat kerja baru (dan tgglkan aku) dan ada juga yg diuji dengan ujian kena cari keje lain. 

Alhamdulillah seorang drpd sahabat berjaya mendptkan pekerjaan baru seperti yang dicita-citakan, jarak antara kami ini memang menguji sejauh mana persahabatan yang telah dibina sejak 5 tahun lepas. Alhamdulillah, we are being more matured, understanding and do support each other till the end. Norhaliza Mohd Nawawi- aku doakan dipermudahkan segala urusan samada dlm kerja ataupon dlm proses mencari jodoh. Gitewww

Kepada Norazima Samsudin pulak, mgkin 2014 u sama hectic ngan 2014 I which is, cari kerja dah jd kerja part time kan. Hahaha. Aku pon doakan perkara yang sama utk kau, dipermudahkan segala urusan (dan Alhamdulillah dah dpt kerja baru start in July) dan jugak disatukan dgn jodoh scpt yg mgkin, bahagia bersama keluarga hingga ke akhir hayat. Amin.

Tak lupa juga dua org rakan karibku, sahabatku Azua dan Meyy, dalam debaran menanti kelahiran anak buah kita ni, korang berdua pon merupakan tulang belakang aku, rakan yang sentiasa ada dikala aku perlukan. 

Sebenarnya, ada beberapa org lagi sahabat yang sentiasa x putus2 menyokong den ni dan x bosan2 dgr cerita den  mcm Naemah, Yan, Anum, korang pon kawan baik aku jugak tau. Ada lagi sbnrnya kawan baik ni, tp ......... yg tu special case. :P

Pasal keluarga xde ape yg hectic sgt, Alhamdulillah semuanya aman bahagia dalam lindungan Nya. 

Apa yang aku harapkan, dalam sibuk aku mengejar urusan dunia ni, aku tak lupa pada Allah. Doaku untuk menjadi a better muslimah pada tahun ini moga tercapai. Amin ya Rabbal Alamin. Post paling panjang rasanya sepanjang I tulis blog. Ape-ape pon, life must go on...Itu jelah utk kali ni...Bye...

Assalam
Love 
Sem