Monday 3 February 2014

Selepas 1 tahun

Assalamualaikum semua...

Entry kali ni macam lama sangat je kan, selepas setahun...ape yang berlaku dlm hidup aku. Kali terakhir aku update blog ni adalah pada 14 september 2013, post sebelum tu adalah pada january 2013...Lebih kurang setahun lah kan. Apa khabar semua...amacam kawan-kawan yang nak kuruskan badan dulu? berjaya x?. Aku....tetap macam dulu, tapi ada perbezaan dengan masa awal-awal nak mulakan diet dengan sekarang yang dah ada ilmu sikit pasal diet. Alhamdulillah jugak, sepanjang 2013 aku berjaya turunkan berat badan aku, 5 kg je pon...tapi kira okey la daripada x turun lansung kan. 

Hasil daripada pembacaan yang telah aku buat, dapat aku simpulkan dan telah aku pilih diet yang paling sihat untuk diamalkan..iaitu calories counting. Aku banyak buat pembacaan daripada blog Kevin Zahri dan juga Susu Sejat dimana kedua-dua blog ni memang x lokek berkongsi ilmu berkaitan cara hidup sihat. Cukup lah pelbagai produk utk langsing yang dicuba tp x membuahkan apa2 hasil. Habis duit je kan. So kawan-kawan...adalah lebih bagus untuk kita membaca dan amalkan gaya hidup sihat. 

Diet calories counting ni perlukan kita buat sedikit pengiraan berkaitan BMR, Calories In and Out, dan banyak lagi. Lepas tu kene ada pengetahuan juga untuk kira kalori yang ada pada setiap makanan. Pada mulanya mmg rasa leceh nya la hai, semua nak kene tahu kuantiti yg di ambil. Tapi lama kelamaan, bila dah biasa...kita x payah susah2 pon nak kira bagai...dah boleh agak sukatan makanan yang kita ambil. 

Kepada yang sama mcm saya, nak teruskan azam daripada tahun lepas..iaitu turunkan berat badan dan dapatkan tahap kesihatan yang tip top, jom kita mulakan daripada sekarang. Jangan tunggu hari esok. Kuncinya bermula daripada sekarang. Cukup dulu bebelan untuk entry kali ni. Sambung lagi next time klu ada pape yang menarik. 

Love 
Sem

No comments:

Post a Comment