Sunday 9 November 2014

TEPU

Welcoming new family member PUTERI SOFIA DANISYA BT MEGAT FAUZI

Gambar kat atas xde kena mengena ngan entri kali ni. Bosan kerja sorang -sorang. Memandangkan hari Rabu ni ada interview lagi di SPA, aku terpaksa tukar hari cuti dengan my assistant, so hari ni adalah hari ke-8 aku keje straight non stop daripada hari Isnin minggu lepas. Otak ni sebenarnya rasa macam tepu dan penat memandangkan banyak baca pasal dasar-dasar kerajaan, Sejarah Malaysia, Strategi Lautan Biru Kebangsaan, GST, Gagasan 1 Malaysia, GTP, ETP dan banyak lagi, ada jugak pasa Dasar Apartheid, Komanwel, PBB yang pastinya bila minta diterangkan balik, mesti aku akan nganga dulu, sambil berfikir....yang mana satu yang telah aku baca. Habis, cmne nak interview Hari Rabu ni? Nervous tak habis kalau fikir balik. 

Tak sabar tunggu lepas 12hb, walaupun dalam hati duk bisik-bisik, "Nov 12th, please be late" (Hati aku speaking omputih). Aku ada aim utk aku mulakan pada 12 Nov ni, haaaa....jgn tanya aim ape, aku nak bagi result je nanti bulan 12 nanti. Apa-apa pun, doakan aku berjaya untuk interview pada kali ni. Kekosongan 4 je, calon simpanan 50. Okey, nak sambung tepu kan otak. Makin baca makin banyak benda tak tahu. Betul la ada pepatah kata, ilmu yg kita ada ni cuma ibarat setitik air di lautan. Bayang kan lautan tu luas mana. Maha Besar Kuasa Allah. Subhanallah. Cukup la tu, lagi satu...nanti nak citer pasal exam + interview Pegawai Kastam W41. Tapi nanti la lepas hari Rabu ni. 

Jangan lupa doakan aku berjaya tau. 

Assalam
Love
Sem

No comments:

Post a Comment